Monday, October 31, 2011

CHICKEN CHOP OH CHICKEN CHOP

Salam semua bloggers...kiter ketemu lagi selepas lama bertapa...hehehehe...mood sudah mari..

Last week rumahku diterjah oleh ipar2 duai..nie gara2 chicken chop versi trial aku tula..dowang nak rasa try tgk caner kelazatannya..hahahha..ala besa2 jer...budak baru nk blaja msk western nie.. jom layan gmbr..terliur tak..











 










Resipi nie pun dapat dari member dan my sis-in-law so kasi campur aduk dua2 resepi inilah hasilnya...kalau rasa berselera tuh boleh la salin resepiiii..mintak izin share resepi pada yg empunya...

CHICKEN CHOP

BAHAN A: (6 orang)

6 keping ‘whole leg’ ayam (dibuang tulangnya)
1 sendok tepong beras ]
1 sendok tepong goring ayam ] dicampor rata
Sedikit lada sulah dan garam untuk bahan perapan - saya tambah oregano or italian herbs
Minyak untuk menggoreng (deep fryer)



CARA:
1. Bersihkan ayam, tos dan jika masih basah, dilapkan dengan tuala bersih.
2. Perapkan ayam dengan campuran lada sulah serta garam dan biarkan selama 3 / 4 jam.
3. Ambil sekeping ayam, digolekkan ke dalam campuran tepung, kemudian dicelup ke dalam bancuhan telor dan akhir sekali digolekkan ke atas bread crumb.
4. Goreng dengan menggunakan suhu dengan suhu 150C selama 10 minit
5. Apabila sudah kekuningan, angkat dan toskan.


BAHAN UNTUK BROWN SOS+BLACK PEPPER SAUCE:
2 batang saderi di potong dadu
2 ulas bawang putih - dipotong dadu

1 biji bawang holland - dipotong dadu
1 sudu makan oyster sos
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan chicken paste
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan black pepper sauce
sedikit black pepper yg ditumbuk kasar (ikut suka kepedasan memasing)
2 cawan air
1 sudu makan tepong jagung dicampurkan dengan sedikit air
1 sudu kecil butter / planta
cendawan/capcicum - untuk hiasan

CARA:
1. Panaskan butter/plantar, masukkan bawang putih, saderi dan bawang holland yang telah di cincang halus dan tumiskan agak layu sedikit tutup api.
2. Masukkan bahan tersebut kedalam blender berserta sukatan air setengah blender, blend semua dan tumis semula sehingga wangi.  Kemudian masukkan semua sos dan lada hitam dan kacau perlahan. Apabila mendidih, masukkan campuran air tepong jagung dan kacau hingga sebati.
3. Akhir skali masukkan cendawan dan capcicum jika suka.


mudah aje kan..boleh la dimakan bersama coleslaw dan kentang goreng...yummyyyy
 
cau cin cau..jumpa lagi jika berkesempatannnnn...muahhhss

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...